Friday, June 11, 2010

Thursday, April 8, 2010

Disisi Kristus..




ketika darah mulai terpercik dari tubuh yang suci,
terlalu sedikit yang yang mengerti bahawa;
darah itu mengalir atas sebuah kasih yang murni..
...yang menghidupkan aku sampai saat ini.
...yang memberikan aku sebuah mahkota pembebasan.

hari ini?
ya! hari ini masih seperti saat itu..
masih sedikit orang dialam ini yang mengerti,
apa itu Kayu Salib, apa itu jeritan derita di Gelgota.
namun,
bagi kita yang sedang berjalan dalam percaya,
adalah harus!! kita pertahankan itu..
itu yang tercatat dalam YOHANES 3:16..

berlarilah kepada tujuan...(panggilan Syurgawi).

TUHAN MEMBERKATI..

Tuesday, March 16, 2010

PRAY FOR OUR NATION!



Sekitar 60 orang berkumpul di Gereja SIB Wangsa Permai untuk berdoa bagi setiap Negeri di Malaysia. Malam itu, selama hampir 2 jam berseru supaya Negara akan mengalami transformasi melalui jamahan kuasa Tuhan.. Kami yakin bahawa Tuhan mahu melakukan sesuatu bagi suku bangsa di Negara ini pada waktu yang ditentukan-Nya.


14 Febuari 2010..

Sepanjang Doa ini, kami dapat menikmati kehadiran Hadirat Tuhan yang memberi beban dihati kami untuk semakin mencintai negara malaysia dan terus menjadi pendoa syafaat bagi negara..

Dengan ini saya menemukan beberapa perkara penting dalam Doa kita sehari-hari kepada TUHAN. Agar apa yang saya temukan ini, akan membuatkan kita lebih yakin dan memiliki sikap hati yang berharap kepada TUHAN dalam doa.

MENGAPA KITA HARUS BERDOA?- KEPADA SIAPA KITA BERDOA?

Sebelum kita mendapat jawapan tentang “mengapa kita berdoa”, terlebih dahulu kita harus mengerti kepada siapa kita berdoa. Hanya ada satu pencipta yang agung dan Tuhan yang berdaulat. Hanya ada satu jalan untuk datang kepada-Nya ia itu melalui Yesus Kristus, Anak-Nya yang tunggal. Hanya Allah Bapa kita di Syurga yang pasti dapat mendengar dan menjawab Doa kita. Dia adalah Allah yang yang penuh dengan Kasih, kebaikan dan Pengampunan.

• Oleh Dia, semua perkara tidak akan mustahil. Yesus berkata dalam (Mar 10:27), Bagi manusia hal itu tidak mungkin, tetapi bukan demikian bagi Allah. Sebab segala sesuatu adalah mungkin bagi Allah."
• Daniel 9:18 memberi tahu kita: “sebab kami menyampaikan doa permohonan kami ke hadapan-Mu bukan berdasarkan jasa-jasa kami, tetapi berdasarkan kasih sayang-Mu yang berlimpah-limpah” (Kasih sayang/Mercy; Belas Kasihan.

Hanya Dialah Tuhan yang telah menyempurnakan perkara ini, dan hanya Dia lah Allah yang mampu melakukannya. Tetapi musuh Allah iaitu Roh Kegelapan, sentiasa menyatakan kepalsuan untuk menjatuhkan manusia. Oleh itu kita harus belajar untuk tidak menerima hasutan si jahat yang merampas kebenaran yang diletakkan Tuhan kepada kita.

MENGAPA KITA HARUS BERDOA.

Doa adalah kunci kepada hati Tuhan. Doa adalah satu-satu jalan yang tepat untuk hubungan peribadi kita dengan Tuhan.

• Berdoa membuat kita mengerti bahawa Dia adalah Tuhan, dan untuk menerima hadia yang paling bernilai iaitu; Yesus Kristus Tuhan penyelamat kita. (Kejadian 17:1, Roma 6:16-18).
• Doa merupakan pengakuan kita terhadap Dosa dan membawa kita menerima pengampunan-Nya.
(Roma 3:23-26).
• Doa akan membawa kita kepada penggenapan Rencana-Nya dalam hidup kita, kerana Roh Kudus akan memimpin kita.
• Doa untuk Pengetahuan dan Hikmat (Amsal 2:6-8, 3:5).
• Doa adalah pengucapan Syukur dari berkat Tuhan (Flp 4:6). Berdoa untuk dapat mengasihi orang lain dalam hidup kita (Yakobus 5:14-16, 2 Korintus 12:9-10)
• Berdoa untuk menyembah Tuhan (Maz 95:6-7).

Kita akan semakin intim dengan Tuhan melalui komunikasi dalam Doa. Kita datang kepada-Nya dengan Iman dan mengerti bahawa Dia akan menjawab seruan doa kita (1 Yoh 5:14). Di atas segalanya, adalah berdoa dengan kejujuran, hormat, dan renda hati dihadapan Tuhan yang mahakuasa. “Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.” Yak 5:16.

TUHAN MEMBERKATI..

When Trouble Come, Hurt Most!!




When Trouble come.. Hurt most.. we do not know & we can't see hope for future. What shall we do? Luoie Giglio give us inspiration how to overcome difficulty when they come..

this is just introduction Video.. If i have a time, i will download complete in my blog.. Thank you, God Will Be with You..

Monday, March 15, 2010

01 JANUARI 2010..

Pagi itu, hati saya sedikit berdebar. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal saya hadapi. Semua ini mulai saya rasakan selepas saja saya terjaga dari tidur, pada waktu saya memandang beberapa kotak yang memuatkan pakaian dan beberapa barangan yang saya ada. Kerana petang itu saya akan berpindah ke tempat Pelayanan baru, iaitu dimana saya ada pada waktu saya menulis semua ini.

Mungkin, ini menjadi perkara yang biasa untuk seorang Hamba Tuhan seperti saya. Namun apa yang berlaku pada saya kali ini, saya merasa bukan seperti yang biasa saya rasakan sebelumnya. Maksud saya; dalam perpindahan ini, saya perlu memberikan lebih perhatian dan penyerahan kepada DIA yang telah menuliskan semuanya bagi saya. Bukan kerana saya takut untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang, tapi saya cuba untuk mengatur sesuatu sesuai dengan rancangan-Nya. Kerana, saya sudah cukup disedarkan oleh pengalaman dan kesilapan masa lalu yang pernah berlaku dalam hidup saya.

Walau bagaimanapun, saya terus bertenang.. Kerana saya mulai meletakkan keyakinan dalam DIA yang menciptakan segalanya dalam diri saya. “mengapa saya perlu kebingungan memikirkan semua yang sudah berlaku?.. Bukan kah saya perlu berlari kepada sebuah masa depan yang penuh dengan harapan?..” Hati kecil saya, mengajar diri saya. Saya tersenyum sendiri apabila sedar bahawa saya hanya memberi peluang kepada kegelapan memngaburi kebenaran yang sebenarnya memerdekakan saya.

Petang itu, sekitar jam 08:00pm. Saya dijemput oleh beberapa pemimpin Gereja dari Gereja dimana saya ditempatkan. Setiap kali saya memikirkan perpindahan ini, air mata saya mulai membasahi kelopak mata, ini kerana; saya benar-benar boleh melihat penyertaan Tuhan kepada saya sampai saat ini yang walaupun, saya sering menyakiti hati-Nya. Semuanya kerana Tuhan, semuanya kerana kemurahan-Nya. Saya hidup dalam Firman Tuhan yang berkata; “Ketahuilah, bahwa Tuhanlah Allah; Dialah yang menjadikan kita dan punya Dialah kita, umat-Nya dan kawanan domba gembalaan-Nya” Mazmur 100:3 .

Hari ini.. Saya sangat bersukacita dan penuh kesyukuran kerana, saya dapat melayani bersama dengan semua Jemaat di SIB Wangsa Permai. Saya percaya Tuhan sedang menuliskan sesuatu yang lebih besar pada masa depan pelayanan Kita!!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jemaat SIB Mines yang banyak menyokong saya dalam pelayanan selama tiga Tahun. Dan saya terus memohon bantuan doa dari kalian dalam segala perkara saya akan tempuhi pada masa akan datang.. Tuhan Mmeberkati!! I MiSS YOU ALL..



Dari Hati Yang Terdalam..


Yohanes 14:18 Aku tidak akan meninggalkan kamu sebagai yatim piatu. Aku datang kembali kepadamu..

Saya yakin bahawa disebalik dari perjuangan saya, ada Kristus yang memberi kekuatan..
Saya tidak akan berjalan sendiri.. Kerana Kristus menjanjikan perkara indah pada wakttunya..

Tulisan saya yang pertama dalam blog ini adalah; sebuah perinsip hidup yang telah memulakan transformasi pada diri saya sendiri secara peribadi. Saya berusaha untuk menulis banyak perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan ini. Namun, akhirnya tulisan itu tidak akan bertahan lama diatas sehelai kertas putih yang rapuh. Oleh itu, saya memulakan blog ini dengan semangat dan harapan agar dapat mengongsikan apa yang Tuhan sudah lakukan dalam kehidupan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan melihat pada tema blog ini, saya secara jujur mengakui bahawa; kebelakangan ini, Tuhan letakkan perkara ini sangat kuat dihati saya. kerana, beberapa peristiwa yang membuatkan saya hampir berhenti untuk meneruskan pelayanan. Lantaran itu, LIVE WITH PASSION ini Tuhan lahirkan pada hati nurani saya untuk mengerti bahawa; Kekuatan manusia bukan terletak pada tenaga dan pengalamannya tetapi, ditentukan oleh sejauh mana ia mempercayai bahawa Tuhan itu Maha Kuasa.

Harapan saya, tema ini akan membawa kita kepada kehidupan yang penuh keyakinan dan semangat yang kental untuk mengahadapi cabaran hidup. Kerana kita ada alasan yang kukuh dalam Lukas 1:37 "Tidak ada yang mustahil bagi Allah", dan saya percaya Dia tidak akan berdiam diri melihat perjuangan kita hari-hari ini. Passion for His Mercy through Jesus Christ..