Monday, March 15, 2010

Dari Hati Yang Terdalam..


Yohanes 14:18 Aku tidak akan meninggalkan kamu sebagai yatim piatu. Aku datang kembali kepadamu..

Saya yakin bahawa disebalik dari perjuangan saya, ada Kristus yang memberi kekuatan..
Saya tidak akan berjalan sendiri.. Kerana Kristus menjanjikan perkara indah pada wakttunya..

Tulisan saya yang pertama dalam blog ini adalah; sebuah perinsip hidup yang telah memulakan transformasi pada diri saya sendiri secara peribadi. Saya berusaha untuk menulis banyak perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan ini. Namun, akhirnya tulisan itu tidak akan bertahan lama diatas sehelai kertas putih yang rapuh. Oleh itu, saya memulakan blog ini dengan semangat dan harapan agar dapat mengongsikan apa yang Tuhan sudah lakukan dalam kehidupan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan melihat pada tema blog ini, saya secara jujur mengakui bahawa; kebelakangan ini, Tuhan letakkan perkara ini sangat kuat dihati saya. kerana, beberapa peristiwa yang membuatkan saya hampir berhenti untuk meneruskan pelayanan. Lantaran itu, LIVE WITH PASSION ini Tuhan lahirkan pada hati nurani saya untuk mengerti bahawa; Kekuatan manusia bukan terletak pada tenaga dan pengalamannya tetapi, ditentukan oleh sejauh mana ia mempercayai bahawa Tuhan itu Maha Kuasa.

Harapan saya, tema ini akan membawa kita kepada kehidupan yang penuh keyakinan dan semangat yang kental untuk mengahadapi cabaran hidup. Kerana kita ada alasan yang kukuh dalam Lukas 1:37 "Tidak ada yang mustahil bagi Allah", dan saya percaya Dia tidak akan berdiam diri melihat perjuangan kita hari-hari ini. Passion for His Mercy through Jesus Christ..

No comments: