Monday, March 15, 2010

01 JANUARI 2010..

Pagi itu, hati saya sedikit berdebar. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal saya hadapi. Semua ini mulai saya rasakan selepas saja saya terjaga dari tidur, pada waktu saya memandang beberapa kotak yang memuatkan pakaian dan beberapa barangan yang saya ada. Kerana petang itu saya akan berpindah ke tempat Pelayanan baru, iaitu dimana saya ada pada waktu saya menulis semua ini.

Mungkin, ini menjadi perkara yang biasa untuk seorang Hamba Tuhan seperti saya. Namun apa yang berlaku pada saya kali ini, saya merasa bukan seperti yang biasa saya rasakan sebelumnya. Maksud saya; dalam perpindahan ini, saya perlu memberikan lebih perhatian dan penyerahan kepada DIA yang telah menuliskan semuanya bagi saya. Bukan kerana saya takut untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang, tapi saya cuba untuk mengatur sesuatu sesuai dengan rancangan-Nya. Kerana, saya sudah cukup disedarkan oleh pengalaman dan kesilapan masa lalu yang pernah berlaku dalam hidup saya.

Walau bagaimanapun, saya terus bertenang.. Kerana saya mulai meletakkan keyakinan dalam DIA yang menciptakan segalanya dalam diri saya. “mengapa saya perlu kebingungan memikirkan semua yang sudah berlaku?.. Bukan kah saya perlu berlari kepada sebuah masa depan yang penuh dengan harapan?..” Hati kecil saya, mengajar diri saya. Saya tersenyum sendiri apabila sedar bahawa saya hanya memberi peluang kepada kegelapan memngaburi kebenaran yang sebenarnya memerdekakan saya.

Petang itu, sekitar jam 08:00pm. Saya dijemput oleh beberapa pemimpin Gereja dari Gereja dimana saya ditempatkan. Setiap kali saya memikirkan perpindahan ini, air mata saya mulai membasahi kelopak mata, ini kerana; saya benar-benar boleh melihat penyertaan Tuhan kepada saya sampai saat ini yang walaupun, saya sering menyakiti hati-Nya. Semuanya kerana Tuhan, semuanya kerana kemurahan-Nya. Saya hidup dalam Firman Tuhan yang berkata; “Ketahuilah, bahwa Tuhanlah Allah; Dialah yang menjadikan kita dan punya Dialah kita, umat-Nya dan kawanan domba gembalaan-Nya” Mazmur 100:3 .

Hari ini.. Saya sangat bersukacita dan penuh kesyukuran kerana, saya dapat melayani bersama dengan semua Jemaat di SIB Wangsa Permai. Saya percaya Tuhan sedang menuliskan sesuatu yang lebih besar pada masa depan pelayanan Kita!!

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jemaat SIB Mines yang banyak menyokong saya dalam pelayanan selama tiga Tahun. Dan saya terus memohon bantuan doa dari kalian dalam segala perkara saya akan tempuhi pada masa akan datang.. Tuhan Mmeberkati!! I MiSS YOU ALL..



No comments: